SEJARAH SEKOLAH


LATAR BELAKANG PENUBUHAN SRI TAQWA

Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRI TAQWA) adalah satu-satunya Sekolah Rendah Islam (ibtidai) yang berada di Jajahan Gua Musang. Penubuhan sekolah ini adalah hasil cetusan idea daripada beberapa orang penduduk tempatan yang merasakan perlunya ada sebuah sekolah yang boleh memberikan pendidikan Islam dari peringkat rendah lagi.Lebih-lebih lagi dalam mengimbangi arus kehidupan masyarakat Peneroka Felda.

Maka dengan itu, satu Jawatankuasa Pengasas telah dibentuk bersama dengan perancangan kertas kerja. Pada tahun 1991 SRI Taqwa mula ditubuhkan secara rasmi. Pada tahun 1998 Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) telah meluluskan penubuhan sekolah tersebut seterusnya diikuti dengan Jabatan pelajaran Negeri Kelantan (JPN) Kelantan.
 
FALSAFAH PENDIDIKAN SRI TAQWA

Proses pendidikan yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah menerusi pendidikan terkini yang sempurna,bersepadu, istiqamah dan qudwah hasanah bagi membentuk genarasi bertaqwa yang berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan serta berkemampuan membentuk diri dan berkhidmat kepada keluarga, masyarakat, Negara dan ummah yang diredhai Allah di dunia dan di akhirat.
 

MATLAMAT SRI TAQWA

   MATLAMAT UMUM
a.       Melahirkan pelajar yang soleh dan solehah dalam ertikata yang sebenarnya.
b.      Melahirkan insan yang kamil yang diredhai Allah.
c.       Membekal serta memantapkan ilmu deeni dan duniawi.
d.      Meluaskan minda yang sahih dan sejajar dengan pembangunan alam.
e.       Menilai serta merealisasikan amalan yang seimbang.  

    MATLAMAT KHUSUS
a.       Menguasai Ilmu Al-Quran dan Al-Sunnah dengan sebaik mungkin.
b.      Menguasai kemahiran Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,Jawi dan  Matematik.
c.       Membentuk sahsiah terpuji.
d.      Memupuk semangat berlumba-lumba dalam mengejar kejayaan.
e.       Memupuk semangat Ukhuwwah Islamiah.
f.       Meningkat daya Kreativiti dan Bakat.


VISI SRI TAQWA

  Melahirkan Genarasi Muttaqin yang sempurna dari segi Aqli, Rohani, Emosi dan Jasmani.

AGENDA SRI TAQWA
a.       Mewujudkan suasana pembelajaran.
b.      Menyemai benih kecintaan dalam menimba ilmu pengentahuan di kalangan Putera dan  Puteri SRI TAQWA.
c.       Membentuk peribadi Insan berasaskan Akidah Islamiah yang tulen.
d.      Menghiasi perilaku pelajar dengan Akhlak yang terpuji dan disanjung tinggi.
e.       Mencapai kecemerlangan.
f.       Mempraktik amalan asas (Farhu Ain ) dari peringkat awal untuk membentuk tabii yang Kekal .
g.      Mengatasi kemerosotan dalam setiap bidang.


KURIKULUM
Kurikulum SRI TAQWA menggabungkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Pendidikan Islam (KPI) serta mengutamakan Keterampilan Budipekerti Islam.

KBSR
KPI
Bahasa Melayu
Al-Quran
Bahasa Inggeris
Hafalan
Matematik
Qiraati
Sains
Aqidah
Kajian Tempatan
Fekah
Kemahiran Hidup
Sirah
Pendidikan Seni
Akhlak
Pendidikan Jasmani
Bahasa Arab

Pendidikan Jawi

Pendidikan Islam


PENGHAYATAN ISLAM
Solat berjemaah setiap hari sebelum pulang ke Rumah
Tazkirah Pagi
Puasa Sunat
Kem Ibadat
Tamri Qiadi
Qiamulaill sekali seminggu
Halaqat
Usrah



No comments:

Post a Comment